[KELAB JANDA & DUDA TERLAJAK LARIS™] MUFTI BANTAH TABUNG HARAPAN MALAYSIA

  Muhammad Yazid Abdul Majid telah menyiarkan dalam KELAB JANDA & DUDA TERLAJAK LARIS™ .       Muhammad Yazid Abdul Majid 1hb Jun jam 6.41 pagi   MUFTI BANTAH TABUNG HARAPAN MALAYSIA By watan May 31, 2018 Kerajaan tidak perlu menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi mengutip derma rakyat untuk meringankan bebanan hutang negara, ujar Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman. Menurutnya walaupun tindakan mengutip derma bagi membantu negara tidak dilarang oleh syarak, namun perkara tersebut perlu merujuk kepada konteks semasa dan situasi yang tertentu. "Dari segi syarak memang dibolehkan, tidak salah untuk membantu macam zaman Rasulullah SAW masa di Madinah, masyarakat menghulurkan derma bagi membantu negara. "Tapi itu dalam keadaan negara baru yang tidak mempunyai apa-apa selain sesama umat Islam. "Tetapi jika kita lihat dalam konteks (Malaysia) sekarang tidak perlu (kutip derma) sebab kekuatan ekonomi kita bukan berada pada tahap yang sangat lemah," katanya ketika dihubungi wartawan Watan Online pada Khamis. Mengulas lanjut, beliau yakin sumber cukai dan perolehan kewangan negara yang sedia ada masih memadai untuk menggerakkan ekonomi dan melunaskan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu. "Tapi kalau kita lihat sekarang ini bagi saya kita dah kutip cukai, itupun salah satu cara untuk bantu kerajaan, makna cukai itu sepatutnya sudah mencukupi," katanya. Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018. Menurut beliau, perkara tersebut dilihat bertentangan dengan masalah hutang negara yang dialami sehingga perlu mewujudkan tabung derma tersebut. "Kita nampak mereka keluar peruntukan besar untuk siarkan perlawanan bola sepak. Sepatutnya tak payah dalam keadaan sekarang. "Peruntukan untuk bola sepak dan hiburan lain itu sahaja sudah mampu selamatkan jumlah wang yang besar untuk disalurkan kepada hutang negara tadi," katanya yang merujuk kepada pengumuman Menteri Kementerian dan Komunikasi, Gobind Singh Deo mengenai penyiaran 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM yang menelan belanja sebanyak RM40 juta.   Suka Komen    
   
 
   Facebook
 
   
   
 
Muhammad Yazid Abdul Majid telah menyiarkan dalam KELAB JANDA & DUDA TERLAJAK LARIS™.
 
   
Muhammad Yazid Abdul Majid
1hb Jun jam 6.41 pagi
 
MUFTI BANTAH TABUNG HARAPAN MALAYSIA

By watan
May 31, 2018

Kerajaan tidak perlu menubuhkan Tabung Harapan Malaysia (THM) bagi mengutip derma rakyat untuk meringankan bebanan hutang negara, ujar Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Menurutnya walaupun tindakan mengutip derma bagi membantu negara tidak dilarang oleh syarak, namun perkara tersebut perlu merujuk kepada konteks semasa dan situasi yang tertentu.

"Dari segi syarak memang dibolehkan, tidak salah untuk membantu macam zaman Rasulullah SAW masa di Madinah, masyarakat menghulurkan derma bagi membantu negara.

"Tapi itu dalam keadaan negara baru yang tidak mempunyai apa-apa selain sesama umat Islam.

"Tetapi jika kita lihat dalam konteks (Malaysia) sekarang tidak perlu (kutip derma) sebab kekuatan ekonomi kita bukan berada pada tahap yang sangat lemah," katanya ketika dihubungi wartawan Watan Online pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau yakin sumber cukai dan perolehan kewangan negara yang sedia ada masih memadai untuk menggerakkan ekonomi dan melunaskan hutang negara yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

"Tapi kalau kita lihat sekarang ini bagi saya kita dah kutip cukai, itupun salah satu cara untuk bantu kerajaan, makna cukai itu sepatutnya sudah mencukupi," katanya.

Abdul Rahman turut mempersoalkan tindakan kerajaan memperuntukkan sejumlah wang yang besar bagi menyiarkan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

Menurut beliau, perkara tersebut dilihat bertentangan dengan masalah hutang negara yang dialami sehingga perlu mewujudkan tabung derma tersebut.

"Kita nampak mereka keluar peruntukan besar untuk siarkan perlawanan bola sepak. Sepatutnya tak payah dalam keadaan sekarang.

"Peruntukan untuk bola sepak dan hiburan lain itu sahaja sudah mampu selamatkan jumlah wang yang besar untuk disalurkan kepada hutang negara tadi," katanya yang merujuk kepada pengumuman Menteri Kementerian dan Komunikasi, Gobind Singh Deo mengenai penyiaran 41 daripada 64 perlawanan Piala Dunia 2018 di RTM yang menelan belanja sebanyak RM40 juta.
 
Suka
Komen
 
 
   
   
 
Lihat di Facebook
   
Sunting Tetapan Emel
 
   
   
Balas e-mel ini untuk memberikan komen kepada siaran ini.
 
   
   
 
Mesej ini telah dihantar ke chetnyasingh0.nadir@blogger.com. Jika anda tidak ingin menerima emel-emel ini daripada Facebook pada masa depan, sila Berhenti melanggan.
Facebook, Inc., Attention: Community Support, 1 Facebook Way, Menlo Park, CA 94025
   
 

Comments

Popular posts from this blog

Best Agility Writer Review by Reyman Cruz

Cotton Canvas: A Comprehensive Guide for Crafters, DIYers, and Textile Enthusiasts

Understanding Iron in Well Water: Why It's a Problem and How to Fix It