[KELAB JANDA & DUDA TERLAJAK LARIS™] MB Terengganu tunggu masa sesuai jumpa Dr M...

  Muhammad Yazid Abdul Majid telah menyiarkan dalam KELAB JANDA & DUDA TERLAJAK LARIS™ .       Muhammad Yazid Abdul Majid 20hb Mei jam 8.45 pagi   MB Terengganu tunggu masa sesuai jumpa Dr M bincang Royalti KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu. Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri dan persekutuan. "Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perdana menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu," katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam di sini, hari ini. Isu royalti minyak dan gas Terengganu terus menjadi perhatian ramai, apabila Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 baru-baru ini berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20% kepada negeri pengeluar hasil bumi itu. Mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu, namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Samsuri berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya. Mengenai kewajaran meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula, Samsuri berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkannya lebih serius, dengan mengambil kira impak positifnya terhadap ekonomi dan rakyat Terengganu. "Bagi saya, projek ini wajar diteruskan kerana ia boleh menjana pertumbuhan ekonomi negeri terutama di kawasan yang akan terlibat sebagai hentian laluan kereta api ini. "Saya berharap projek baik seperti ini akan diteruskan, asalkan tidak memberi bebanan kepada negeri dan rakyat negeri." ...... MINDARAKYAT http://mindarakyat.blogspot.com/ https://telegram.me/mindarakyat https://www.facebook.com/Mindarakyat Minda Rakyat   Suka Komen    
   
 
   Facebook
 
   
   
 
Muhammad Yazid Abdul Majid telah menyiarkan dalam KELAB JANDA & DUDA TERLAJAK LARIS™.
 
   
Muhammad Yazid Abdul Majid
20hb Mei jam 8.45 pagi
 
MB Terengganu tunggu masa sesuai jumpa Dr M bincang Royalti

KUALA NERUS: Kerajaan Terengganu menunggu masa sesuai untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kaedah penyaluran royalti minyak dan gas kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata jaminan Dr Mahathir itu sangat dialu-alukan dan beliau menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu sebagai sesuatu yang sangat positif dalam hubungan kerajaan negeri dan persekutuan.

"Saya mewakili rakyat Terengganu mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perdana menteri atas jaminan berhubung penyaluran royalti minyak itu," katanya selepas meninjau Bazar Ramadan Batu Enam di sini, hari ini.

Isu royalti minyak dan gas Terengganu terus menjadi perhatian ramai, apabila Pakatan Harapan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 baru-baru ini berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20% kepada negeri pengeluar hasil bumi itu.

Mengenai kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail yang menegaskan rakyat Terengganu tetap menerima manfaat royalti itu, namun ia tidak diberi secara terus kepada kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini, Samsuri berkata, itu hanyalah pandangan peribadinya.

Mengenai kewajaran meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula, Samsuri berharap kerajaan persekutuan akan mempertimbangkannya lebih serius, dengan mengambil kira impak positifnya terhadap ekonomi dan rakyat Terengganu.

"Bagi saya, projek ini wajar diteruskan kerana ia boleh menjana pertumbuhan ekonomi negeri terutama di kawasan yang akan terlibat sebagai hentian laluan kereta api ini.

"Saya berharap projek baik seperti ini akan diteruskan, asalkan tidak memberi bebanan kepada negeri dan rakyat negeri."

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat
 
Suka
Komen
 
 
   
   
 
Lihat di Facebook
   
Sunting Tetapan Emel
 
   
   
Balas e-mel ini untuk memberikan komen kepada siaran ini.
 
   
   
 
Mesej ini telah dihantar ke chetnyasingh0.nadir@blogger.com. Jika anda tidak ingin menerima emel-emel ini daripada Facebook pada masa depan, sila Berhenti melanggan.
Facebook, Inc., Attention: Community Support, 1 Facebook Way, Menlo Park, CA 94025
   
 

Comments

Popular posts from this blog

Best Agility Writer Review by Reyman Cruz

Cotton Canvas: A Comprehensive Guide for Crafters, DIYers, and Textile Enthusiasts

Understanding Iron in Well Water: Why It's a Problem and How to Fix It